CLASSIC GLAM RAYA 2012
Classic Glam adalah tema koleksi untuk hari Raya Aidilfitri yang terbaru oleh pereka fesyen Zery Zamry. Menampilkan 10 koleksi yang bercirikan moden dan sofistikated, glamor dan klasik yang kesemua bermain dengan warna asas hitam dan putih membuatkan pemakai tampak lebih elegan dan klasik.Koleksi ini berinspirasikan daripada cara berpakaian dan stail gabungan antara 2 idola fesyen lama timur dan barat kita iaitu allahyarhamah Puan Sri Saloma dan juga Audrey Hepburn.
Bersesuaian dengan temanya ‘Classic Glam’ , koleksi raya pada kali ini menampilkan kelainan dari segi rekaan, jenis fabric dan perincian bagi setiap helai baju mahupun skirt tetapi masih tidak lari dengan kehendak tren terkini dan pastinya gabungan idealistik budaya tradisi yang menonjolkan keayuan di hari lebaran nanti.
Di antara emfasis yang ditonjolkan oleh hasil rekaan Zery Zamry adalah baju-baju yang mempunyai unsur-unsur tradisional dan diberi nafas moden kepada hasil rekaannya. Rekaan kegemaran seperti kurung moden, kurung kedah, kebaya jarang masih dikekalkan disamping rekaan terbaru seperti top potongan peplum yang ditampilkan di dalam koleksi ‘Classic Glam’ ini. Penggunaan fabrik-fabrik bercorak seperti polka dot, jalur, berbunga broked menampakkan elemen classic yang cuba ditonjolkan. Kepelbagaian texture pada skirt-skirt juga dititikberatkan dengan elemen-elemen ‘movement’ sangat menarik pada koleksi ini.
Keistimewaan rekaan pakaian di dalam koleksi ini dapat dilihat melalui ketelitian dan kekemasan jahitan serta kepakaran Zery Zamry dalam menggunakan elemen-elemen forte Zery seperti manik dan tatahan butiran kristal Swarovski yang tidak terlalu sarat pada rekaannya.Penggunaan fabrik yang glamor dan sofistikated juga telah digunakan ke dalam rekaan koleksi raya 2012 Zery Zamry ini seperti sequin fabric, organza silk, shantung silk, chiffon silk, french lace dan satin silk. Selain itu perincian seperti bow, tussel dan sequin banyak menatari koleksi ‘Classic Glam’ ini.
Teknik-teknik yang digunapakai menerusi buatan tangan yang halus atau couture seperti draping, pleats, patching, tulle-gathering,sulaman manik dan juga sulaman berbentuk bunga ros hitam dan putih di dalam rekaan beliau. Zery Zamry memberi sentuhan kelainan yang lebih moden, sexy dan memberi perasaan understated elegance kepada pemakainya. Koleksi ini sesuai digayakan ke rumah-rumah terbuka dan majlis-majlis formal ketika dibulan syawal nanti. Antara golongan sasaran yang di sasarkan ialah wanita2 berkerjaya, golongan vvip dan artis-artis tempatan yang mahukan kelainan dan berani dalam berfesyen. Muse pada kali ini ialah Natasha hudson dan Sabhi Saddi.
Koleksi ‘Classic Glam Raya’ ini, dalam erti kata lain, membawa pemakainya untuk menjiwai rekaan yang glamor, moden dengan elemen tradisi melayu di hari lebaran. Harga bermula rm2000 dan keatas. Untuk keterangan lanjut sila emaikan kepada zerry84@yahoo.com atau http://zeryzamry.blogspot.com.
ZERY ZAMRY- +60176519056.
0 comments:
Post a Comment