hi guys..kat sini i nak bercerita sedikit..mungkin cerita koleksi ni dah basi.tapi saja i nak tunjukkan dan beritahu apa yang i tahu ..dari komen seorg prof madya..dari blog
Prof. Madya Sulaiman Abdul Ghani kata:
Koleksi ini TIDAK langsung menggambarkan daya kreativiti yang tinggi tetapi sebaliknya gambaran yang teramat bodoh dan ceteknya pengetahuan anak Melayu terhadap seni warisan sehingga sanggup `MELACURKAN’ tradisi bangsa sendiri. Walaupun ingin menyuntik sesuatu pembaharuan dan keunikkan bukan lah tanpa penyelidikkan dan fahaman yang mendalam terhadap seni rupa dan jiwa Melayu. Pembaharuan itu perlu dan digalakkan tetapi perlu juga pemahaman dan hadnya….bukan nya buat sesuka hati yang menjadi cemuhan masyarakat. SENI RUPA MELAYU itu teramat halus lagi indah….dan sebagai. Pereka fesyen wajar mendidik masyarakat berbilang bangsa akan keunikkan keindahan seni rupa Melayu untuk disuai padankan dengan pelbagai elemen ragam hias yang lebih kontemporari….tetapi perlu diingat jangan keterlaluan sehingga MENJIJIKKAN dan apa yang menyedihkan terpancar KEBODOHAN pereka sendiri.
komen i:
melakukan koleksi HABAYA itu sendiri merupakan passion i kepada busana
trdisional melayu khususnya kebaya. apa yang digambarkan di fashion week tersebut merupakan ilham i sendiri mengabungkan inspirasi atau dengan kata engslish what we call inspiration daripada pakaian tradisonal melayu dan baba dan nyoya.
saya juga belajar dari UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.dan saya tahu prof yang memberi komen diatas adalah pendidik di universiti tersebut.saya tidak pernah melenting dan menerima komen tersebut dangan hati yang terbuka. dan saya ingin berkongsi pendapat dengan pembaca semua..
saya rasa semasa belajar di uitm kami cukup didedahkan dengan pembelajaran tentang ilmu2 seni melayu. dan untuk pengetahuan prof jika membacasaya telah KHATAM membaca buku rupa seni jiwa melayu, cara berpakaian melayu, walau pun saya rasa ilmu itu memang tidak dapat menandingi ilmu seorang profesor madya..tapi saya rasa saya mempunyai satu kesedaran untuk membawa inspirasi hasil-hasil seni melayu keperingkat yang lebih tinggi didalam dunia fesyen sendiri khususnya. dan saya rasa tidak ramai designer diluar sana yang sanggup membawa hasil-hasil seni melayu untuk dketengahkan dan dibawa seiring dengan kemodenan dan urbanisasi zaman sekarang.
anak-anak sekarang(melainkan yang mempelajari hasil seni melayu) tidak tau apa itu dokoh, pending, cucuk sangul, dan sebagainya.mereka hanya mengenali channel, dior, dkny dan sebagainya. sebab apa? kerana arus fesen yang dibawakan oleh barat tetap menjadi pilihan..dan jika ada jenama tempatan pun..hanya baju yang lebih kurang digayakan di barat juga. dengan ini wujudnya evolusi..mengikut persekitaran dan kuasa setempat..saya juga menghasilkan reseach yang bertajuk evolusi baju kurung dimalaysia. saya tahu perkembangan baju kurung semasa zama kesultanan melayu melaka hingga selepas zaman kemerdekaan dan sehingga kini. begitu banyak evolusi yang terjadi disebabkan oleh faktor-faktor sebentar tadi. corak kehidupan, pemiliham fabrik, saingan dari corak-corak fesyen antarangsa, semua ini diadaptasikan dan menjadi satu fesyen baru.
pentas peragaan kl fashion week..yang seperti semua tahu.kebanyakannya dimonopoli oleh golongan cina ..dan saya seorg designer anak melayu tulen..membawakan inspirasi hasil seni MELAYU..di pentas peragan bertaraf antarabangsa...itu saja yang mampu saya tuliskan. anda nilaikan sendiri. bukan mahu mencemar bahkan saya sangat teruja dengan hasil seni melayu yang amat saya sayangi.saya ingin menonjolkan dan mempersembahkan keunikan SULAMAN..khususnya dalam koleksi habaya. dan sebagai aksesori tambahan sahaja saya mengenakan cucuk sanggul, pending hanya untuk dilihat dia pentas peragaan..bukan untuk dipakai hari-hari..konsepnya disitu.
dan saya juga sangat terbuka..menerima sesuatu yang baru seperti saya cakapkan tadi evolusi..dimana-mana ada evolusi. evolusi pasti sesuatu yang kontroversi. inovasi perlu sejajar pembangunan dunia.
kenapa org melayu sekarang sudah pandaimemandu kereta?? kenapa tidak naik kereta lembu zaman dulu2? betulkan??
kenapa duduk alam rumah batu sedangkan boleh duduk dalam rumah kayu?
kenapa pagi2 dah breakfast kat starbuck? kenapa tak makan ubi kayu hari2?
kenapa askar melayu kita tak gunakan keris dan tombak sampai sekarang??
kenapa tidak memakai baju melayu fabrik songket penuh lengkap bersamping bertanjak ke tempat kerja? pastinya org akan mengatakan anda gila bukan? kenapa ya?
itu hanya sedikit sahaja persoalanya...
boleh jawab untuk saya? kenapa??sebab benda2 sebegini sudah tidak logik pada zaman sekarang.kalau tidak boleh terima pembaharuan..saya rasa seseorang itu hanya boleh duduk didalam hutan sahaja. sebab itu saya rasa pembaharuan seiring modesasi dunia sekarang dan faktor-faktor alam sekeliling yangmenyebabkan evolusi tersebut. saya juga aktivis seni melayu. saya ingi membawanya kesatu peringkat yang lebih tingi supaya hasil seni kita dipandang seluruh dunia. dan saya akan terus berkarya membawa inspirasi-inspirasi hasil seni melayu kita...dan membentukan nya lebih ringkas dan sesuai untuk digayakan oleh manusia-manusia zaman SEKARANG....tanpa melupakan asal-usulnya..
love ZERY ZAMRY
0 comments:
Post a Comment