Royal Raya-2011 Raya Collection..

Royal Rayaadalah koleksi hari raya aidilfitri yang memaparkan koleksi baju baju kurung moden yang diinspirasikan daripada kemewahan kerabat diraja. Menggunakan warna-warna “bold” atau terang seperti biru firus, kuning diraja, merah samar, biru nila dan sebagainya. Ini merupakan koleksi yang menampilkan 10 koleksi baru yang lain daripada koleksi Zery Zamry sebelum ini.

Royal Raya” menggunakan fabric sutera satin dan sutera shifon dengan potongan yang ringkas, bersahaja dan minimalis. Menggunakn teknik “draping” sepenuhnya untuk menghasilkan revolusi dalam penggayaan baju kurung moden yang terkini, seksi, berani dan urban.

Penggunaan aksesori yang dicipta seakan-akan pangkat diraja melengkapkan gaya keseluruhan koleksi ini. Perincian batu-batuan Swarovski disulam menjadi simbolik kemewahan golongan istana. Ketepikan perincian lace anda! Ianya sangat cliché pada hari raya aidilfitri nanti.

Koleksi ini disasarkan kepada wanita-wanita berkerjaya yang urban linkungan umur antara 20an – 50an.

be bold and be beautiful.

love ZERY ZAMRY













0 comments:

Post a Comment