Rahsia zaman adek-adek beta????

ermmm kenapa ade pic akak ziana kita??? huhuhuh

ok skang beta tengah layan satu lagi lagu artis pujaan beta semasa waktu beta sedang membesar dari kanak2 sampai beta meningkat remaja dan sehingga sekarang…iaitu ziana zain..beta sangat akui ziana zain banyak mempegaruhi kehidupan dan kerjaya beta sekarang..nak tau kenapa?? Eh bersambung cerita la plakkan..kerana kak ziana merupakan artis yang beta sangat sanjungi ketika beta berada di sekolah menengah..so beta sangat mengikuti cara berfesyen..make up…rambut..baju designer mana semua lah apa yang kena mengena dengan ziana zain..dan pada ketika itu antara pereka yang menata ziana zain adalah rizalman ibrahim…dan dari situ beta terus belajar dan belajar tentang dunia fesyen yang sebenar…

cakap sahaja event apa..diamana..baju warna apa. Semua mengenai ziana zain beta boleh menjawabnya..hehe..
Baju kak ziana yang paling beta gemar?? Ermm one of is baju persandingan beliau warna hijau serindit itew…dan disebabkan baju itew..beta sukakan warna hijau..dan sejak hari itew..warna hijau itu telah bertukar nama menjadi hijau ziana zain..huhuhuh..betapa besarnya pengaruh artis masa tu kan..hehehe

Nak reveal lagi zaman-zaman adek2 beta?? Hahaha di hari perkahwinan kak ziana..beta gigih pergi seorang diri..naik teksi ok!!! Pergi redah ni ke sec 19..masa tu beta duduk sec 8 shah alam..so tidak berapa jauh la..beta gigih pergi membawa hadiah sepasang persalinan fabric tau…sebab masa tu ibunda beta menjual kain batik sutera dan sebagainya.so beta pau satu kain yang paling grand..letak dalam kotak letak reben segala..(dah jadi macam hantaran!! Time tu kelas la…kalau skang ni tengok balik mesti cekpong giler..haha) beta pun pegi lah..walau pun tak makan…pergi lite2 nampak dari jauh..last2 tengok dari balcony sajork..tapi beta puas..dapat tengok live artis pujaan beta..maybe beta antara berpuluh ribu tetamu yang hadir..hehehe

Dan dari situ beta mengenali pereka-pereka tempatan yang senior seperti rizalman ibrahim, micheal ong dan sebagainya…cerita ni maybe dalam tahun 1998-2000..dan beta menamatkan zaman persekolahan beta pada tahun 2001..dan terus melanjutkan pelajaran ke UiTM tahun 2002..cakap apa sahaja pasal ziana zain..skrap book sume beta ada..bena konsert pun beta gantung kat bilek time tu..hehehe..magazine tak yah cakap la..konsert sume..ermm realy miss that moment la kan..skang ni dah meningkat tua..kalau ada geng cerita pasak kak ziana..satu hari boleh cerita..huhuhuh Cuma satu jer..impian beta nak menata artis pujaan beta itu..tak kesampaian lagi…nanti lah satu hari nanti..beta pun tak tau nak cakap macamana..beta rasa kalau ziana zain tak wujud…zery zamry mungkin hanya bekerja biasa dan bukan seorang pereka hari ini…hanya teman2 rapat beta tau pasal ni..takpelah hari ni beta reveal kan…apa kaitan beta dengan ziana zain…hehe dan lagi satu kami dua2 ZZ..heheh Ziana Zain dan Zery Zamry…..

..ziana zain bersama akhirnya..

Pudar sudah.sinar cinta yang dulu terasa kehangatannya.
Mungkin ia dugaan semata..atau berakhirnya cinta yang kita bina..
Termenung dalam gelisah..kudakap potret cinta ini..
Terimbas kini..dimemoriku masa kita bersama cinta..

Dalam rindu kugengami warkah..cinta itu yang duga
Tercoret kata memilukan aku..
Membacanya dalam gementar..antara kita..
Tiada bahgia..kemesraan ini..
Menduga waktu meniti hari-hari..
Tiada persamaan..mangapa kita teruskan menipu diri…
daaa take care..
love ZERY ZAMRY

0 comments:

Post a Comment