batik glam...ABP

ok tak habis lagi cerita abp..dah baca cerita2 cerita daripada web2 macam murai.com..ni copy paste ek..


Setiap tahun, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bukan saja menjadi gelanggang untuk mengetahui siapa paling top, sebaliknya juga pentas peragaan busana terutama pereka tempatan.
Jadi, bagi artis yang tidak dicalonkan dalam kategori, mereka masih berpeluang merebut pakaian tercantik. Kebetulan tahun ini hadiah yang menanti memang hebat iaitu barang kemas Habib Jewels bernilai RM10,000, maka semua bergaya sakan dengan tema Batik Glam. Catwalk punya catwalk, akhirnya pihak juri di kalangan penulis hiburan dan fesyen berpengalaman memilih fesyen yang diperagakan pelakon sensasi dan jelita, Nora Danish sebagai pemenang utama kategori wanita. Pelakon drama Ijoi Azahari yang sedondon warna ungu dengan isterinya, Sharifah Shahira, pula diumumkan sebagai pemenang terbaik bagi kategori pria.

Malam itu Nora memilih rekeaan Azura manakala Ijoi pula mendapat bergaya dengan sut ciptaan Hazwani Othman. Pemilihan long dress Nora dianggap menarik kerana ia tidak terlalu straight forward dalam menonjolkan motif batik. Rekaan batik Nora itu tersembunyi di bawah satu lagi layer fabrik jarang dan ia sememangnya kreatif.

ni pic dia menang..gan ijoy

pi close up nora danish..

0 comments:

Post a Comment